Syahadatain
Hai Assalamualaikum!
Korang tengah buat apa petang-petang macam ni? Hitea? Jogging? Buat assignment? Lepak atas katil? Tidur?!!!
Huhu jangan selalu sangat tidur lepas asar okay? Bak kata orang tua...siapa yang nak jadi gila tidur la lepas asar hahah.
Hmm Cik Nia pun tak pasti sejauh mana kebenarannya terungkap. Ehh rasa janggal pulak bila guna ayat formal ni hahahah. Takpe betulkan yang biasa, biasakan yang betul gituuu.
Okay la okay la...sebelum Cik Nia pot pet pot pet panjang lebar, Cik Nia tak nak buang masa yang jauh lebih berharga daripada emas huhu. Cik Nia nak share something kat korang semua ni. Nak dengar tak? Ehh salah. Korang nak baca tak? Haaaaa cik nia nak share ibrah ataupun pengajaran daripada program yang Cik Nia join pada Jumaat & Sabtu yang lalu bersamaan 29 Mac 2020 & 1 Mac 2020 yang dijalankan di Surau Al-Yaqeen, Serdang. Nama program tu ialah "Syahadatain". Fuhhh hebat tak hebat nama program ni sampai Allah detikkan hati ni untuk join majlis ilmu sebegini rupa.
Lepas seharian kuliah daripada Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, sampai la hari Jumaat...malam Jumaat tu lepas isyak terus Cik Nia bergegas ke Surau Al-Yaqeen di Serdang bersama kak izzatul. Alhamdulillah, walaupun Cik Nia student first year kat UKM tapi diberi peluang untuk bertemu dan berkenalan dengan orang-orang hebat. Kak Izzatul ni student engineering kat bumi sakura suatu ketika dulu. Hmm bagi Cik Nia la kan, walaupun busy mana pun setiap minggu kita, apa salahnya untuk kita luangkan masa kita untuk upgrade ilmu agama kita, ilmu untuk memahami ayat suci Al-Quran dan pastinya ilmu yang dapat mendekatkan kita kepada pencipta kita. Bahkan sudah semestinya tanggungjawab kita untuk memahami dan mendalami agama kita sendiri khususnya kepada mereka yang telah ditakdirkan sebagai seorang islam sejak lahir lagi.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith Qudsi, Berfirman Allah Ta’ala : "Aku di sisi sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku juga mengingatinya dalam diri-Ku, jika dia mengingati-Ku dalam kumpulan, maka Aku mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Dan apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, Aku dekatinya sehasta, apabila hamba-Ku mendekati-Ku sehasta, maka Aku dekatinya sedepa. Jika hamba-Ku mendatangiku dengan berjalan, maka Aku datanginya dengan berlari"
(HR Bukhari & Muslim).
Baiklah, sebaik sahaja Cik Nia sampai di Surau Al-Yaqeen tu...makanya sesi Night Walk sambil tutup mata menggunakan kain bermula. Jengjengjeng.......
Kira-kira lepas 20 minit berjalan dengan menutup mata, maka dilepaskan seorang demi seorang. Cik Nia dibekalkan tali dan masih lagi dalam keadaan menutup mata, Cik Nia dikehendaki untuk berjalan seorang diri sambil pegang tali dan ikut sahaja ke mana tali itu dituju.
Akhirnyaaa.. hampir 1 jam juga la sesi night walk tamat.
Ibrah atau pengajaran yang Cik Nia perolehi masa tutup mata tu ialah "Biar buta mata, jangan buta hati". Apa gunanya mata jika kita dapat nikmat melihat, sedangkan hati kita gelap sampai tak boleh nak menilai mana yang baik mana yang buruk sehinggakan hati kita ni keras sangat sampai ego menolak teguran dan nasihat.
Kemudian, ketika pegang tali tu...Cik Nia dapat pengajaran yang cukup bermakna. Kita andaikan tali yang kita pegang itu ialah tali agama Allah. Iaitu tali yang paling kuat, yang paling teguh, tali yang bahagia dan tali yang kekal abadi. Jauh sangat beza dengan tali manusia dan segala tali yang terdapat di dunia. Demi mencapai pengakhiran yang baik (husnul khatimah), kena pegang erat-erat tali tu, kena pegang betul-betul kepada pegangan kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Allah SWT berfirman : Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Surah Luqman, ayat 22)
Haaa ni lah gambar mereka-mereka yang join program ni. Jujur Cik Nia cakap, sebenarnya Cik Nia tak kenal sesiapapun masa mula-mula datang program ni. Tapi kerana nak kenal agama Allah, Cik Nia dan mereka semua dipertemukan dan dikumpulkan dalam satu tempat. Ya, kadang kita rasa kita boleh je 'berhijrah' ke arah yang lebih baik, kita rasa kita boleh buat baik secara sendirinya. Tapi, bila kita sendiri-sendiri macam tu la sebenarnya yang menyebabkan kita sukar untuk kekal istiqamah. Jadinya kena la sentiasa duduk dalam bulatan orang-orang yang nak berubah ke arah yang lebih baik.
Okaylah, sebenarnya ada lagi yang Cik Nia nak kongsikan mengenai sesi perkongsian semasa berada di sana. Tapi Cik Nia rasa cukup sekadar ini sahaja dulu yang Cik Nia nak kongsikan. InsyaAllah Cik Nia akan sambung pada masa akan datang. Moga kita semua senantiasa berada dalam jagaan-Nya. Sehingga ketemu lagi ya teman-teman. Assalamualaikum!
Salam Cik Nia,
ReplyDeleteFuh, agak heavy and deep msg yg awak cuba nak sampaikan dlm posting awak ni..
anyway good job for joining that kind of prog. i agree with you that we need to upgrade our knowledge esp bab rohani since normally kita selalu terlepas pandang on that part.
but whatever it is, you have to be careful ya.
Overall your content is ok. completed with pics and label is also checked.
Good job and keep it up!