Nak Masak Ke Nak Main Masak-Masak Ni?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua...apa khabar? Sihat ke hari ni? Cik nia terlebih 'sihat' ni hah kat rumah je musim-musim pkp hahahah.
Ada apa dengan tajuk blog kali ni? 😱

Haaa cik nia nak cerita pasal masak-masak sebenarnya. Okay, sebelum tu cik nia nak tanya sikit la...siapa suka masak kat sini? Korang selalu suka masak apa? Meh la share dengan cik nia? Kalau korang nak tahu, first time cik nia mula memasak masa cik nia umur 18 tahun secara sorang-sorang atau sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa pun. Masa ni zaman cik nia form 6 terpaksa duduk rumah sewa, memang patutlah kena masak sendiri woi. Takkan asyik nak bungkus beli kat kantin je tiap-tiap hari hahahah. So, ada la jadual memasak untuk cik nia dengan housemates lain. Rumah sewa cik nia mulanya ada 5 orang housemates, semuanya kawan sekampung cik nia tau sejak sekolah rendah. Kemudian, housemates bertambah jadi 8 orang dan 10 orang pada hujung tahun 2018.

Okay berbalik pada masak-masak tadi. Kitorang 1 rumah sewa tu berpegang pada prinsip 'Sedap atau tak sedap takpe, kitorang bedal je'. So, salah seorang daripada housemates cik nia mula buat jadual memasak untuk kitorang semua. Lepas balik sekolah pukul 2 petang, kitorang mula memasak ikut jadual. Hahahah sejak tu la minat cik nia nak masak-masak tu mula muncul, sebelum ni...dia malu-malu kot nak muncul hmm. Cik nia ingat lagi, first menu yang cik nia masak sendiri ialah nasi goreng kampung, kadang bihun goreng, kadang mi goreng. Kadang ikan sardin dalam tin tu. Huhu beginner kannn...support la cik nia sikit. Kemudian, berpandukan mr google...cik nia mula la masak menu macam tomyam, ayam masak kurma, sup ayam, ayam masak paprik.

Barulah cik nia tahu, ooo senang je nak masak ni...google tu berlambak sangat dengan resepi pelbagai makanan, youtube pun ada...cuma kita je yang kena confident & kreatif berapa sukatan yang kita perlukan dan hias makanan lepas dah siap tu cik nia paling suka. Feeling ala-ala budak yang belajar kulineri tu hehehe. 

Kemudian, tahun 2019...baru beli oven. So, cik nia rasa macam nak try pulak nak baking pizza...yummiesss!🍕  Mana tahu boleh menang dengan pizza hut & dominos kan hahahahah besar nau impiannya tu. Cik nia pun shopping la tepung, yis, cheese mozarella, cheesedale, sosej, crabstick, oregano powder, daging kisar ramly, cili benggala dan seumpamanya. Oregano powder tu paling penting tau sebab kalau takde tu, dia tak bau pizza la, macam mana nak lawan pizza hut dengan dominos hahahah.

Ni cik nia guna topping sardin. Kalau nak guna topping ni, seeloknya letak nenas & oregano lebih sikit supaya tak hanyir sebab bau sardin🤔

Beginner kan? Roti pizza tak berapa jadi tu😂

At first cik nia baking, roti dia tak berapa jadi...rasa keras yang amat hahahah terlebih rangup gituuuu. Well, orang malaysia kan suka makan benda keras...like belimbing besi, pucuk paku, jambu batu. What else? Hahahah maaf cik nia mengarut jap lol. Kadang-kadang, cik nia guna roti gardenia je untuk buat pizza...letak topping atas tu terus bake masuk dalam oven. Topping yang cik nia guna untuk pizza ni kadang sardin + nenas. Kadang daging kisar. Kadang sosej + crabstick je. Pastu tadaaaaa...siap untuk menambat selera iolss. Kadang-kadang,  family cik nia lunch makan pizza je hahahah western benor tu. Tapi tak bole la tiap-tiap hari, haih mana boleh lari dengan adat melayu kita ni huhuhu.

Ni terlebih nenas & cheese😂

Ni la pizza yang cik nia buat guna roti gardenia


Since pkp ni, banyak duduk kat rumah je...cik nia pun apa lagi, mulalah pasang angan-angan nak buat biskut pulak beberapa hari sebelum menjelang aidilfitri. Cik nia decide nak buat biskut cornflakes yang hancur tu. Bak kata mr google, biskut paling otai sebab antara kuih yang lama bertahan dan resepi turun-temurun. Cik nia pun mula geledah & rambang mata dengan resepi-resepi biskut kat google. So, resepi yang cik nia ikut adalah seperti berikut. Jengjengjeng...

Bahan-bahan :
- 1 + 3/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan tepung jagung
-1/2 sudu teh baking powder
-2 cawan cornflakes ramas kasar
-200g butter (suhu bilik)
-3/4 cawan gula kastor
-1 biji kuning telur
Pastu cik nia tambah manik yang colorful tu biar cantik hehehe. Apa nama sebenar manik yang orang letak atas biskut tu eh, cik nia pun tak tahu.
Cara Memasak :
1) Gula dan butter dipukul dalam 5 minit, boleh gunakan whist untuk masukkan telur.
2) Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes serta baking powder. Gaulkan sehingga sebati.
3) Panaskan oven terlebih dahulu 170 C°selama 10 minit.
4) Sapukan nipis permukaan loyang dengan butter.
5) Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sehingga habis.
6) Taburkan beberapa manik di atas adunan yang telah diletakkan di atas loyang tadi.
7) Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah.

Sebelum masukkan ke dalam oven

Ni la first cookies air tangan cik nia hahahah

Hehehe no. 6 tu, cik nia tambah sendiri.
First time cik nia buat biskut, dia kembang sikit sebab cik nia letak adunan atas loyang tu agak rapat mungkin. Tapi, kira elok la jugak rupa biskut cik nia ni jika nak dibandingkan dengan biskut yang macam dalam tweet kat bawah ni kan hahahahahahah😂



Kesimpulannya, nak masak ni kadang-kadang penat jugak. Tapi bila kita rasa makanan yang kita masak tadi definitely worth it! Hilang segala penat lelah. I don't know how to describe that feeling! It looks like I'm going to be on cloud nine hahahah.
Okaylah, sampai sini sahaja cik nia dapat coretkan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Cik nia mohon ampun salah silap.





📌 Rujukan :
https://www.rasa.my/resipi-biskut-cornflakes-rangup-paling-otai-wangi-sedap-dan-mudah-buat/

Comments

  1. amboi sempat lagi gelakkan org lain punya cookies :P
    congrats ok! mmg skrg senang sgt nak belajar masak ni ikutkan compare dulu2
    tinggal lagi jangan ada penyakit M je :D
    good job!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seni Silat Cekak Hanafi LMCZ2422

Kursus Fotografi