Seni Silat Cekak Hanafi LMCZ2422

Hai Assalamualaikum semua...selamat pagi. Moga kebahagiaan selalu menjadi milik korang.

Okay, kat posting sebelum ni (Saya Minat Awak, LMCZ2422) cik nia ada cerita yang cik nia join kelas silat kan? Korang ingat lagi tak?

So, kali ni cik nia nak detailskan lagi apa yang cik nia belajar daripada kelas silat ni. Mana la tahu...kot-kot korang minat martial art suatu hari nanti. Okay, here we go!


πŸ“Œ SALASILAH PERGURUAN
Salasilah perguruan Silat Cekak Hanafi diketahui melalui kaedah penyampaian daripada mulut ke mulut guru. Namun, tak pernah diketahui siapa yang mula-mula mencipta silat ini. Mungkin dicipta oleh seorsng guru atau mungkin melalui permuafakatan di kalangan beberapa orang guru. Berdasarkan ciri-ciri pelajarannya, dipercayai bahawa silat ini wujud selepas kedatangan Islam dan penciptanya memang seorang yang pakar dalam bidang persilatan.
Era moden silat ini hanya bermula apabila Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad bercita-cita untuk memelihara silat ini kerana beliau tidak rela silat ini pupus ditelan zaman.

Panglima Ismail --> Panglima Tok Rashid -->
Pak Yahya bin Said --> Ustaz Hanafi Haji Ahmad --> Encik Ishak bin Itam --> Mohd Radzi bin Haji Hanafi --> Encik Marwi bin Latif

Yang Mulia Ustaz Hanafi Haji Ahmad,
Pengasas dan Pemimpin Silat Cekak Hanafi

Yang Mulia Encik Marwi bin Latif,
Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia 

Encik Marwi bin Latif ni lah guru utama sehingga kini. Beliau jugalah yang telah mengijazahkan ijazah pertama & ijazah potong untuk cik nia. Selagi cik nia belum diijazahkan oleh guru utama untuk suatu peringkat, selagi itulah pelajaran silat masih belum boleh diperturunkan.


πŸ“Œ TEMPAT ASAL
Dari utara Tanah Melayu iaitu negeri jelapang padi Kedah Darul Aman.
Faktor pertamanya, nama silat ini menggunakan kata "cekak" yang telah sebati dengan masyarakat utara Tanah Melayu sehingga dijadikan simpulan bahasa 'Makan Cekak'.
Faktor keduanya, berdasarkan parang lading yang menjadi senjata rasmi Silat Cekak Hanafi. Penelitian telah dilakukan dan didapati tiada silat lain di alam Melayu ini dan lain-lain bahagian dunia yang menjadikan parang lading senjata utama mereka. Sebaliknya, parang lading memang menjadi kebiasaan dan rapat dengan orang-orang utara Tanah Melayu.
Faktor ketiganya, daripada mulut guru-guru Silat Cekak Hanafi sendiri.

Mengikut pengalaman cik nia peringkat, masa di peringkat asas cik nia tak guna parang lading ni. Masa peringkat potong baru boleh guna.


πŸ“Œ MAKNA SILAT
Merupakan ilmu penggerak anggota badan khususnya dua tangan dan kaki yang digunakan untuk mempertahankan diri oleh irang-orang Melayu.

Intipatinya ialah pada "ilmu gerakan" dan "orang Melayu" kerana ilmu pergerakan untuk mempertahankan diri terdapat juga dalam kalangan orang bukan Melayu tetapi tidak boleh dipanggil silat. Hal ini kerana silat merupakan salah satu hak dan identiti bagi orang-orang Melayu yang tidak dapat disangkal lagi.

Namun begitu, silat ini perlu dibezakan dengan makna "pencak". Haaa korang mesti pernah tengok persembahan silat kat majlis perkahwinan atau majlis-majlis lain kan? Sebenarnya pencak ialah tari silat yang lazimnya ditunjukkan di majlis perkahwinan. Ia bukan silat kerana telah digubah sedemikian rupa untuk disesuaikan bagi tujuan persembahan di majlis-majlis dan tidak dapat dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri.

Yang Mulia Encik Marwi bin Latif sedang memperlihatkan buah Silat Cekak Hanafi 

πŸ“Œ PANTANG LARANG
Semua penuntut Silat Cekak perlu berjanji pada diri sendiri dengan nama Allah terhadap 5 perkara yang berikut :

Tidak boleh derhaka kepada guru
Tidak boleh derhaka kepada ibu
Tidak boleh derhaka kepada bapa
Tidak boleh bergaduh sesama ahli
Tidak boleh mencaci silat Melayu asli yang lain

Haaa masa cik nia ijazah pertama, 5 janji ini kena disempurnakan di hadapan guru utama.


πŸ“Œ SISTEM PEMBELAJARAN KAEDAH
Cik nia rasa kagum sangat tau bila dapat tahu yang keempat-empat kaedah ni diilhamkan daripada pergerakan solat kita je rupanya.



Kaedah A : diilhamkan daripada pergerakan doa dan digunakan ketika musuh menyerang di bahagian dada.

Kaedah B : diilhamkan daripada pergerakan qiam dan digunakan ketika musuh menyerang di bahagian dada.
Kaedah C : diilhamkan daripada pergerakan rukuk dan digunakan ketika musuh menyerang di bahagian paras perut ke bawah.

Kaedah D : diilhamkan daripada pergerakan takbiratul ihram dan digunakan ketika musuh menyerang di bahagian kepala


πŸ“Œ BUAH ASAS
Berikut ialah contoh gambar buah-buah asas yang cik nia perlu pelajari sebelum buah jatuh untuk menjatuhkan musuh.


πŸ“Œ BUAH JATUH
Ni pulak contoh gambar buah-buah potong.



πŸ“Œ BUAH POTONG & BUAH SERANG
Oleh sebab tinggi nilainya, maka cara-cara melakukan kaedahnya tidak dapat ditunjukkan kepada mereka yang belum sampai ke peringkat buah potong ini. Oleh sebab itulah segala pelajaran selepas peringkat ini tidak dapat ditunjukkan untuk tontonan umum. Buah serang pula hanya boleh dipelajari sekiranya dah sampai peringkat tamat.

Ops! Sebelum cik nia terlupa...cik nia ada buat video untuk assignment kursus ni & dah upload kat youtube. So, feel free to watch & likeπŸ‘‡πŸ»πŸ˜


Okaylah, setakat ini sahaja yang cik nia dapat kongsikan untuk korang. Cik nia akhiri dengan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Minta ampun salah silap.






Comments

  1. nice sharing. penceritaan yg sgt baik yg buatkan readers awak tak boring baca.
    esp the part yg 4 kaedah tu. wow. saya pun baru tau. hahaha
    Good job NIA!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kursus Fotografi

Nak Masak Ke Nak Main Masak-Masak Ni?