2.9.19 Aku Digelar Student UKM
Tiktoktiktoktiktok...hampir setahun dah rupanya cik nia belajar kat UKM ni. How time flies! Sedihnya rasa bila dah jadi alumni nanti. Cik nia selalu kalah dengan memori & kenangan. Bila teringat balik je, mesti rasa sebak. Banyak lagi benda yang belum cik nia terokai kat UKM ni. Banyak lagi kenangan yang perlu cik nia cipta kat sana. Banyak lagi program yang patut cik nia join kat sana. Kawan-kawan pun mostly duduk negeri yang berlainan. Memang susah nak jumpa kalau bukan kat UKM ni. Cik nia dikelilingi dengan kawan-kawan yang belah utara sana, jangan pelik kalau cik nia marah terkeluar loghat utara hahahahah. Cik nia paling risau kalau orang utara marah...habis semua keluar hahah. Kalau pensyarah-pensyarah pulak, memang majoriti duduk Selangor sini la hehehe.
Oh hai Assalamualaikum semua...semoga ceria selalu di rumah masing-masing ehek. Hari ni cik nia nak throwback la masa mula-mula jejakkan kaki bertuah ni kat UKM dulu pada 2 September 2019 yang lalu. Sebenarnya, UKM ni pilihan pertama & kedua cik nia dalam sistem upu. Masa tu cik nia pilih program sarjana muda sains citra di UKM untuk pilihan pertama dan program sarjana muda ekonomi dengan kepujian di UKM untuk pilihan kedua. Akhirnya, cik nia tersangkut pada pilihan kedua hehe temuduga sains citra tu gagal pulak.
Selain tu, 2 September 2019 bukan merupakan tarikh pertama cik nia datang ke UKM...tapi merupakan tarikh ketiga cik nia mula jejakkan kaki di UKM. Kali kedua masa cik nia datang untuk temuduga sains citra tu dan kali pertama, seingat cik nia masa cik nia tingkatan 3 dulu ada seminar bahasa arab di Kolej Pendeta Zaaba, UKM. Haaa gitulah cerita dia. First time, cik nia masuk UKM ni memang uwauuu teruja gila sebab bila mana cik nia mula masuk gerbang pintu masuk UKM tu terus nampak banyak pokok-pokok menghijau yang saujana mata memandang macam taman dan mulalah pasang impian nak belajar kat situ satu hari nanti.
Lebih kurang bulan Julai 2019, result upu keluar. Dupdapdupdap je jantung cik nia masa nak buka sistem upu tu. Sekali nampak tulisan Universiti Kebangsaan Malaysia. Yeayyyyyyyyyy alhamdulillah...habis berderu masuk mesej kat whatsapp tu tak kira la group family, group kelas, group member semua kecoh dengan result upu. "Dapat U mana?", "Ambik course apa?", "Bila mula daftar?" Hahahahah 1 hari tu memang cik nia busy reply mesej kat whatsapp je la๐
Bila dengar kawan cik nia masa form 6 merangkap housemates & kawan sekampung cik nia dapat UKM jugak, cik nia lagi lagi la double triple happy hahah. Dia ambik program Quran dan Sunnah di Fakulti Pengajian Islam. Selain tu, ada jugak 6 orang kawan cik nia yang dapat sambung belajar kat UKM..kawan sekelas cik nia masa tingkatan 5 ambik program Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, kawan-kawan cik nia masa tingkatan 6 pulak ada yang ambik program sama dengan cik nia, program Ekonomi, program Pentadbiran Perniagaan, program Syariah di Fakulti Pengajian Islam, program TESL di Fakulti Pendidikan dan lagi seorang kat kampus KL sebab dia ambik program Farmasi. Alhamdulillah la, cik nia pernah terserempak dan berjumpa dengan mereka-mereka semua hahahah.
Okay bila dapat je result upu tadi, cik nia pun berhempas pulas la nak prepare macam-macam benda untuk daftar bulan September nanti. Antaranya, buat pemeriksaan kesihatan, bayar yuran pendaftaran, buka akaun baru kat bank islam, shopping barang-barang dan sebagainya. Semuanya memang tak boleh siap dalam 1 hari hahahah ambik masa hampir 2 minggu jugak la nak siapkan semuanya ni huhuhu. Then, tiba-tiba housemates cik nia buat reunion kat Pantai Morib sebelum masing-masing membawa hala tuju ke menara gading. Masa ni 2 orang housemtes cik nia takde sebab dah sambung pelajaran kat Mesir sejak bulan April 2019 yang lalu. Masa reunion tu, banyak pesanan & nasihat yang diselitkan daripada mereka, cik nia rasa sebak la pulak masa ni sob sob sob.
Kemudian, tibalah hari yang dinanti-nantikan 2 September 2019. Lepas solat Zohor kat rumah, cik nia & family terus on the way ke UKM. Sampai je pintu gerbang masuk UKM, kenderaan mula sesak disebabkan hari pendaftaran pelajar baru sesi 2019/2020. Nasib baik la cik nia dah hadamkan sampai lumat map kat google tu sebelum sampai sini so takde la sesat sana sesat sini hehehe. Sampai je kolej, kira-kira pukul 3.15 petang macam tu. Cik nia sorang je turun daftar kat bawah khemah, pastu ambik kunci dan kad matrik daripada felo. Smooth je, orang pun macam dah kurang je kat kawasan pendaftaran ni. Barangkali dah petang, fikir cik nia. Masa cik nia masuk je bilik, cik nia nampak roomate cik nia tengah kemas-kemas barang dia. Kitorang pun berkenalan & tanya nama dan asal tempat tinggal semua. Pastu cik nia & family cik nia tolong bawa barang-barang cik ke bilik. Selesai daripada tu, mulalah drama air mata bersamamu huwaaaaa. Cik nia mula salam & berpelukan sesama parents & adik-adik cik nia. Banyak pesanan yang parents cik nia titipkan. Cik nia pun angguk-angguk je sebab masa tu tengah nangis tersedu-sedu hahah harap takde la sesiapa yang nampak kejadian tu.
Seterusnya, hari itu bermulalah Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) di kolej masing-masing. Kiranya macam hari orientasi la gituhhh. Masa ni MMM mula pukul 4 petang dan dikehendaki untuk memakai tudung putih bagi perempuan. Masa ni cik nia tak tahu kena pakai tudung putih. Roomate cik nia pun tak tahu. So, bila kitorang nak mula gerak ke dataran tu masing-masing semua pakai tudung putih. Roomate cik nia, ica (bukan nama sebenar) pun tanya, "Memang kena pakai tudung putih ke?". Cik nia & ica saling berpandangan. Hahahahah pastu masing-masing kalut patah balik ke bilik untuk tukar tudung putih. Dengan tak iron nya lagi tudung tu, cik nia sarung aje tudung putih tu kat kepala. Kitorang pun terus gerak dataran di mana hampir semua orang dah berkumpul kat situ. Malunyaaa aih.
Kemudian sesi ice breaking iaitu pembahagian kumpulan & setiap kumpulan diminta untuk buat bunyi mengikut nama kumpulan yang diberi. Masa tu cik nia dapat kumpulan UDANG. Hahahahah tang mana bunyi udangnyaaa. Udang ada bunyi ke aiyooo. So, kumpulan kitorang buat gaya udang je...cannot brain hahahah. Kemudian malam tu ada sesi ceramah mengenai rasuah. Dan seterusnya sepanjang minggu MMM, kitorang banyak menghabiskan masa dengan aktiviti bersama ahli kumpulan masing-masing. Selain tu, kitorang dibimbing oleh majlis eksekutif pelajar kolej untuk sama-sama melawat ke fakulti masing-masing untuk kali pertamanya. Haaa masa ni first time jugak la cik nia pergi fakulti ekonomi dan pengurusan. Tempat yang mula-muka cik nia kenal ialah atrium fep hehehe. Di fakulti pun ada program bersama ahli-ahli kumpulan yang lain. Dalam 1 hari tu, ramai jugak kenalan-kenalan baru yang cik nia dapat. Tapi kadang-kadang cik nia ingat muka je tapi tak ingat nama haih kesal.
Selain tu, ada jugak aktiviti-aktiviti untuk domain yang dipilih oleh setiap pelajar. Cik nia pilih domain keusahawanan dan domain kelestarian kalau tak silap. Masa domain keusahawanan ni, seingat cik nia...cuma dengar seminar mengenai keusahawanan sahaja. Manakala domain kelestarian ni, aktiviti kitorang lebih kepada explorace. Haaa masa ni la cik nia kenal pusanika, kolej ibu zain dan fakulti sains teknologi. Aktiviti ni paling penat sebab cik nia & ahli kumpulan yang lain kena jalan sampai keluar pintu gerbang UKM tu termasuklah melintas kat jalan raya untuk pergi ke kawasan sungai. Haaa kat situ la ada kuiz alam sekitar dan beberapa game yang dijalankan.
Aktiviti sebelum MMM menutup tirai ialah perasmian pelajar sesi 2019/2020 di Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman DECTAR. Seawal 7 pagi masing-masing jalan kaki menuju ke DECTAR. Yang perempuan dengan baju merahnya & tudung putih. Yang lelaki pulak dengan baju kemeja putihnya & tie merah. Semuanya cantik seragam. Perfecto! Bila sampai DECTAR je, cik nia rasa kagum sangat dengan dewan tu. Hahahahah apakah! Dengan dewan pun kau kagum lol. Iya kagum, sebab jarang-jarang tau cik nia dapat jejakkan kaki masuk dewan besar macam tu. Maka, bermulalah perasmian untuk pelajar sesi 2019/2020. Maka, sejak itulah cik nia bergelar pelajar UKM. Doakan cik nia berjaya dengan cemerlang.
Malam akhir MMM tu ada dinner kat kolej sempena majlis penutup untuk MMM. Selepas habis bacaan doa, ucapan pengetua, felo, dan mep kolej, nyanyian lagu oleh mep-mep kolej, persembahan oleh pelajar-pelajar first year yang berbakat, barulah dapat dinner. Aiyoo nak makan pun tunggu lama daaa hahahah. Ramai sangat orang masa ni, sejujurnya cik nia sangat sangat la tak selesa bila berada di tempat yang sesak, penuh dan ramai orang macam tu. Automatically cik nia mesti pilih tempat yang hujung atau kat tepi sekali. I don't know why huhuhu. Habis je dinner malam tu, ada yang balik rumah...ada yang stay kolej. Roomate cik nia balik, cik nia pun balik hahahahah seriously cik nia dah rindu sangat dengan family cik nia masa ni.
Okay, setakat itu sahaja yang cik nia nak coretkan untuk blog kali ni. Assalamualaikum, salah silap harap diampun.

Inilah ahli kumpulan udang hahahah |
Okay, setakat itu sahaja yang cik nia nak coretkan untuk blog kali ni. Assalamualaikum, salah silap harap diampun.
So mcm mana you guys buat bunyi udang? hahaha
ReplyDeleteyes, bina kenangan banyak2 ok. semua tu akan jadi memori indah bila u dah kerja, dah kahwin nnt :D
thanks for sharing
Hahahahahah udang takde bunyi, madam. So, kami buat gaya je macam dalam gambar tu๐
Delete