Rutin Hari Khamis


Hai Assalamualaikum semua...korang tengah buat apa tu malam-malam ni? Malam-malam mesti la tengah rehat kan? Apa la cik nia ni tanya soalan camtu pulak.
Haa sebenarnya cik nia nak sambung cerita tentang lifestyle cik nia kat UKM ni.

Cuba korang bayangkan, kalau korang dah jadi alumni kat tempat yang korang belajar tu. Pastu fikir balik apa lifestyle korang sepanjang kat temoat belajar korang tu? Mesti rindu kan? 😆

Haa kalau cik nia pulak, memang jadi rutin cik nia dalam setiap minggu ialah ikut usrah setiap khamis lepas maghrib di surau kolej. Hee sebenarnya cik nia takde la 'baik' sangat bila cerita pasal join usrah ni😂 Tapi sebab kak izza selalu ajak cik nia & rakan-rakan cik nia yang lain, kitorang pun join je la. Aiyoo susahnya nak ikhlaskan niat ni emm. Selain cik nia, ada lagi 4 orang kawan cik nia yang turut join sama.

Kadangkala, kitorang bukan sahaja usrah kat surau kolej, bahkan luar daripada UKM jugak pernah beberapa kali. Antaranya ialah rumah sewa kak izza kat area kajang. Pernah la jugak cik nia tidur 1 malam kat rumah kak izza ni. Tapi bukan rumah sebenar kak izza, rumah sewa je...rumah sebenar kak izza kat Perak katanya hehe. Okay selain tu, kak izza bawa kitorang pergi taman saujana hijau putrajaya dan taman eco rimba Kuala Lumpur. Kalau ikut plan kak izza, banyak lagi tempat yang kak izza nak ajak...tapi disebabkan pkp, hmm faham-faham la.

Usrah di Taman Saujana Hijau Putrajaya

Di Taman Eco Rimba KL.
Cik nia tak tahu pulak masuk sini free je😂

Masa ni solat asar kat Masjid Putrajaya sebelum bertolak ke Taman Saujana Hijau

So, setiap minggu tu la kak izza akan sharing dengan tazkirah dan sepotong ayat Quran kepada kitorang. Kak izza galakkan kitorang untuk bawa tafsir Quran setiap kali usrah dan banyak kali jugak kak izza pesan suapaya jadikan Quran sebagai teman kita sepertimana phone yang selalu kita pegang. Haa yang kitorang sentap sangat😂Sebelum final exam 1 yang lalu jugak, kak izza akan ajak kitorang untuk buat solat hajat secara berjemaah di surau kolej.

Sekarang musim pkp, kak izza ada jugak ajak buat usrah online...kadang cik nia dapat join, kadang tak dapat join. Ira kawan karib cik nia tu pun kak izza ajak. Time tu la kitorang asyik nak tergelak je bila pandang muka masing-masing masa on video call😂


Comments

  1. Rutin yg sgt bagus sebenarnya utk join usrah2 ni. saya dulu masa di Uni pun begitu juga.
    kita mmg perlukan makanan utk hati kita di samping fizikal to keep the balance.
    i encourage you to do this, cuma jgn sampai abaikan assignment pula ya.
    kena pandai2 arrange masa.
    keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seni Silat Cekak Hanafi LMCZ2422

Kursus Fotografi

Nak Masak Ke Nak Main Masak-Masak Ni?