Dulu masa zaman sekolah, cik nia tak pernah jadi atlet pun kat sekolah sebab tak terpilih. Tapi bila masuk UKM je, entah macam mana lah cik nia boleh masuk sukan sofbol untuk SUKEM dan bola jaring untuk KESUFEP. Alhamdulillah, cik nia peroleh 2 pingat untuk kedua-dua game yang cik nia join ni pada sem 1 yang lalu.
|
Sebelum bermula perlawanan |
|
Muka happy sebab menang 1st game dengan
Kolej Aminuddin Baki |
|
Haaa ni la pitcher & catcher untuk team cik nia |
|
Warm up sebelum 2nd game |
Hai Assalamualaikum semua. Sihat ke tu?
Sofbol ni cik nia tak pernah main pun sebenarnya, tapi disebabkan ada kawan cik nia, mas (bukan nama sebenar) approach cik nia untuk masuk, cik nia pun ikut je la. Dia kata tak tahu boleh belajar dan datang turun training setiap petang. Cik nia tengok mas ni semangat betul ajar kitorang yang beginner ni, dah macam coach untuk kitorang dah. Yelah, tengok kolej lain semua ada coach...kitorang je yang takde. Lagipun, kategori perempuan ramai yang beginner sebenarnya termasuk la cik nia sendiri. Tapi tu la, takde coach & ramai beginner pun dapat nombor 3 untuk final. Alhamdulillah. Abang Irwan selaku felo kolej cik nia jugak turun training untuk beri tunjuk ajar kepada kitorang. Selalu petang kalau cik nia free, takde kelas & tak duty kat kiosk...cik nia akan turun. Kadang turun sorang, kadang turun dengan kawan. Kadang training kat padang UKM, kadang training kat kawasan lapang depan kolej Burhanuddin Helmi bersebelahan dengan Pusat Kesihatan.
Menurut Wikipedia, sofbol atau bola lisut merupakan sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang daripada sukan sejenis besbol. Rupanya, sofbol ni lebih kurang sama je dengan besbol. Sofbol telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.
Antara peralatan yang cik nia guna untuk permainan sofbol ialah bat (kayu pemukul), bola sofbo, glove dan pakaian seragam semasa perlawanan.
|
First time cik nia pegang bat ni tahun 2019.
Kesian kan? ๐ |
|
Hahah masa training, cik nia dah kena 2 kali dah dengan bola ni. First kena kat muka & second kena kat lengan. Pedih dia kemain tak boleh bawak bincang๐ |
|
Glove ni kalau dah nipis memang kena tukar la. Kalau tak, memang merah tangan masa tangkap bola |
Padang sofbol berbentuk potongan wajik. Dipecahkan kepada daerah fair (fair territory) dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bahagian, Infield, dan outfield. Hehe selalu masa training cik nia jaga bahagian infield je.
|
Padang sofbol |
Sofbal dimainkan oleh 2 pasukan di lapangan sofbal. Setiap pasukan hendaklah minimum memiliki 9 pemain dan selebihnya pemain simpanan. Permainan terdiri daripada 9 babak yang disebut inning (9 inning). Di dalam 1 inning, pasukan yang bertanding masing-masing mempunyai kesempatan memukul (batting) untuk melakukan run. Ketika pasukan yang menyerang mendapat giliran memukul, seorang pelempar bola (pitcher) pasukan bertahan melemparkan bola ke arah penangkap bola (catcher) sekuat-kuatnya agar bola tidak dapat dipukul.
Skor atau run dihasilkan apabila seorang runner berlari memijak semua base secara berurutan dan kembali memijak home plate. Setiap pelari yang berjaya mengelilingi dan menginjak home plate mendapat satu larian. Setelah menghabiskan inning, pasukan yang mendapat larian (run) terbanyak adalah dikira sebagai pemenang. Jika masa inning yang ditentukan sudah habis namun kedua-dua belah pasukan dalam keadaan seri, inning tambahan akan dilaksanakan sehingga salah satu daripada pasukan keluar sebagai pemenang. Pada permulaan permainan, pasukan yang menjadi tuan rumah (home team) mendapat giliran melempar sedangkan pasukan tamu (visitor) mendapat giliran memukul.
|
Wajah-wajah yang gembira bila dapat nombor 3. Abang Irwan wakil cik nia sebab waktu ni parents cik nia datang huhu. |
Apa yang cik nia tahu, permainan sofbol ni memang sangat memerlukan kerjasama daripada semua pemain untuk merancang strategi demi menjuarai sesuatu perlawanan. Setiap pemain perlu memainkan peranan yang penting semasa perlawanan.
Okay, daaa assalamualaikum...maaf salah silap ๐
๐ Rujukan
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sofbol
Saya kenal dgn Mas bukan nama sebenar tu hhahaha.
ReplyDeleteso you also part of the team. kira kelas saya mmg penuh dgn pemain sofbol lah ya.
congrats!!
next sem jadi wakil lagi ok
fighting!
Alamak๐
DeleteHehe insyaAllah, madam๐๐ป