Ada Apa dengan Banting, Selangor?

Hai Assalamualaikum & Selamat pagi semua...dah breakfast ke tu? Cik nia hari ni breakfast roti bakar je๐Ÿ‘€

Baiklah, hari ni cik nia rasa nak cerita tentang tempat lahir juga merangkumi tempat tinggal cik nia sendiri. Hahahah kita automatically rasa excited sangat kan bila nak cerita tentang tempat lahir & tempat tinggal kita sendiri iaitu di Banting, Selangor. Haaa mesti ada antara pembaca-pembaca yang dah pernah sampai ke Banting kan? Okaylah, cik nia tak sabar nak mula ni. Make sure korang kena baca sampai habis okay๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘Œ

Dalam sesebuah tempat di sekeliling kita, pastinya ada sejarah yang terulit dan keunikan yang tersendiri. Malah, kita sebagai penduduk wajarlah untuk ambil tahu mengenai negeri kelahiran sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Haaa maksud peribahasa ni ialah walaubagaimana baik pun keadaan di tempat atau negara lain, tempat atau negara kita tetap lebih baik dan selesa.

Menurut Wikipedia, Bandar Banting terletak di negeri Selangor Darul Ehsan pada kedudukan 2.8' Utara dan 101.6' Timur. Haaa siapa pernah belajar geografi dia mesti tahu hahahah. Banting merupakan bandar pentadbiran bagi Daerah Kuala Langat. Banting terletak di tepi Sungai Langat. Kalau dari puncak Bukit Jugra pun kita boleh nampak Sungai Langat, Pantai Kelanang, Pantai Morib kat bawah tau. Terdapat rangkaian jalan raya yang baik di bandar ini iaitu dari Bandar Klang, Banting dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkhidmatan awam seperti bas dan teksi menyambungkan lokasi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Bandar DiRaja Klang dan Bandaraya Kuala Lumpur.

Di samping itu, terdapat juga tempat-tempat yang menarik di Banting, iaitu jengjengjeng...

1)Bukit Jugra
Bukit yang berketinggian 400 kaki ini menawarkan pemandangan yang begitu indah lagi mengasyikkan jiwa. Dari puncak bukit ini kita dapat tengok panorama indah sekitar Kuala Langat yang menyajikan pemandangan antara Lautan Selat Melaka dengan Sungai Langat. Siapa suka berjiwa ala-ala "nature", cik nia memang recommend sangat dengan Bukit Jugra ni. Malah, angin dari kawasan bukit ini agak kuat membuatkan ia cukup terkenal dalam kalangan peminat aktiviti lasak paragliding. Tapi setakat ni, cik nia tak pernah naik benda tu hahahah cuma pernah tengok orang naik je. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah menerokai hutan simpan Bukit Jugra. Di puncak bukit ini juga bukan ada 1 tapi 2 buah rumah api. Rumah api yang pertama telah didirikan pada zaman jajahan British dan terletak pada ketinggian 146 meter dari aras laut. Rumah api yang kedua pula dibina lebih rendah dengan ketinggian 25 meter pada tahun 1976.



Aktiviti paragliding kat Bukit Jugra ni pernah masuk rancangan dalam astro ria, cik nia tak ingat apa nama rancangan tu

2)Makam Sultan Abdul Samad
Selangor  merupakan Sultan Selangor yang ke-4 yang memerintah negeri Selangor ini dari tahun 1857 hinggalah ke tahun 1896. Sampai sahaja di kawasan makam ini, korang akan terlihat bangunan berwarna kuning yang berbentuk persis sebuah masjid. Makam Sultan Abdul Samad adalah sebuah makam yang cukup indah berlatar belakangkan pokok-pokok yang mekar hijau. Makam baginda terletak di dalam bangunan ini, manakala makam isteri, anak serta cuci dan cicitnya pula terletak di bahagian luar.
Cik nia pernah la jugak ziarah sekali je makam baginda ni. Sebelum sampai makam, korang akan mendaki bukit dengan kereta. Kadang-kadang, ada jugak orang yang jogging kat sini sebab dia kawasan berbukit.



3)Pantai Morib
Bagi korang yang tinggal di KL ataupun Selangor, inilah salah satu pantai yang menjadi kegemaran untuk dilawati di hujung minggu bersama keluarga tercinta. Kemudahan yang disediakan di Pantai Morib ini kira lengkap dan sempurna jugak la jika nak dibandingkan dengan Pantai Kelanang dan Pantai Batu Laut. Antaranya ialah surau, tandas awam, medan selera, laluan pejalan kaki dan taman permainan kanak-kanak. Dataran untuk berjalan kaki yang berbata di Pantai Morib ini mempunyai panjang dalam sekitar 400 meter, membuatkan korang dapat berjalan menikmati pemandangan dan bunyi desiran air laut dengan sepuas hati. Kat Pantai Morib ni jugak la, cik nia paling banyak lepak dengan kawan-kawan sekolah cik nia. Kiranya, banyak kenangan yang terpahat kat sini hehehe.

Masa cuti sebulan sem 1 tu, cik nia lepak sini dengan 2 orang kawan cik nia





4) Pantai Kelanang
Pantai Kelanang merupakan pantai berpasir putih yang terletak di sebalik pohon-pohon bakau. Kalau korang nak memancing untuk mendapatkan hasil laut yang segar, korang boleh sewa bot yang ada kat sini. Orang kata memang syok kalau dapat memancing sambil merasai bayu laut. Kalau bernasib baik, dapatlah korang menikmati hasil tangkapan di tepi pantai yang berangin ini. Namun begitu, air laut kat sini tidak begitu sesuai untuk dijadikan tempat bermandi-manda kerana ia agak berselut. Cik nia pun tak pernah mandi kat sini, cuma pernah jalan-jalan tepi pantai sambil rendam kaki + feeling macam dalam drama tv3 tu. Awh bestnyaaa.



5) Pantai Batu Laut
Hahah berapa banyak pantai daaa. Kalau korang nak tahu, kat Banting memang ada 3 buah pantai (Pantai Morib, Pantai Kelanang dan Pantai Batu Laut). Pantai Batu Laut  dikelilingi dengan pokok-pokok bakau, pantai ni juga adalah tempat pilihan ramai jurugambar dan juga pasangan yang ingin mengambil foto pra-perkahwinan. Yang ni cik nia memang akui, sebab tiap-tiap kali lalu pantai ni je mesti nampak pasangan yang pakai baju pengantin sedang bergambar kat kawasan pantai ni. Pemandangan unik yang dihasilkan oleh pokok bakau ini menjadikan foto kelihatan lebih dramatik dan menarik. Cik nia setiap minggu memang akan lalu Pantai Morib & Pantai Batu Laut untuk balik kampung di Kundang, Tanjung Sepat.



6) Istana Bandar
Mula dibina pada tahun 1905. Hahah cik nia belum lahir lagi masa ni. Istana Bandar adalah sebuah istana yang telah dibina dengan sentuhan peribadi Sultan Alauddin Riayat Shah sendiri. Baginda merupakan Sultan Selangor yang ke-5 yang memerintah dari tahun 1898 hingga ke 1938. Bangunan istana dua tingkat ini dihiasi dengan potret keturunan keluarga diraja pada dindingnya. Dari bahagian luar pula dapat dilihat seni bina gabungan pengaruh Melayu, Eropah, China, Timur Tengah dan India. Cik nia pernah lawat sekali je bekas istana ni sebab masa tu temankan adik cik nia untuk buat tugasan geografi dia kat sini.




7) Masjid Sultan Alaeddin
Masjid Sultan Alaeddin atau lebih dikenali sebagai Masjid Alaeddin atau Masjid Bandar ini merupakan salah satu masjid yang tertua di Selangor yang dibina pada awal 1900-an. Tapi sekarang, masjid ni dah renovate dah dan daripada colour kuning terus tukar jadi colour putih. Masjid yang terletak hanya 200 meter dari Istana Bandar ini adalah masjid yang pernah digunakan oleh Sultan Alaeddin untuk menunaikan solat Jumaat, mimbar masjid ini juga sering digunakan baginda untuk menyampaikan khutbah. Dikatakan  bahawa reka bentuk masjid ini adalah diinspirasikan daripada seni bina kerajaan Deli di Medan, Sumatera Utara. Masjid tua ini telah didaftarkan oleh Jabatan Warisan Negara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada tahun 2008 dan diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada tahun 1980.

Selalu orang-orang jauh yang datang sini, mesti bergambar kat laman masjid ni


Ni rupa Masjid Sultan Alaeddin yang lama
sebelum diubah suai

8) Rumah Dato' Haji Sidek
Bagi korang yang meminati komik dan siri animasi Anak-Anak Sidek, seperti yang diketahui watak-watak ini bukanlah fiksyen semata-mata, rumah yang diduduki keluarga Sidek ini sememangnya betul-betul wujud dan ianya terletak di Kampung Kanchong Darat, Banting.
Di hadapan rumah ini terletaknya Tugu Peringatan Keluarga Haji Sidek yang dibina untuk menunjukkan penghargaan atas kejayaan anak-anaknya di dalam sukan badminton. Siapa yang tidak kenal dengan anak-anak Sidek yang pernah mengharumkan nama negara Malaysia sehingga ke peringkat dunia. Bayangkan, bukan mudah untuk mengatasi pesaing-pesaing antarabangsa termasuklah juara badminton All England.

Terletak di Kanchong Darat berdekatan
dengan traffic light

9) Tadom Hill Resort
Takde apa yang lebih baik daripada menghabiskan masa lapang atau waktu cuti korang dengan memacu adrenalin sambil bersatu dengan alam semula jadi. Kalau kat Banting, Tadom Hill Resort adalah destinasi yang paling tepat untuk korang dapatkan keseronokan beraktiviti lasak sambil menikmati udara segar.




Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di sini adalah seperti bergayut seperti tarzan dan terjun ke dalam tasik, berakit, abseiling, flying fox, ATV, bermain permainan papan, bola jaring dan macam-macam lagi. Tak puas sehari berseronok di sini? Korang boleh menginap di bermacam jenis penginapan yang disediakan dari pondok buluh hinggalah ke hammock. Cousin cik nia & kawan-kawan dia pernah sampai sini tahun 2019 yang lalu, seronok sangat katanya. Cik nia pun belum pernah jejakkan kaki kat sini lagi...tapi insyaAllah dalam perancangan nak pergi sini dengan kawan-kawan UKM suatu hari nanti.

Institusi pendidikan yang terdapat di sekitar Banting ialah Institut Kemahiran Belia Negara, Politeknik Banting, Institut Latihan dan Perindustrian Banting, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Matrikulasi Selangor dan Kolej MARA Banting. Dulu, cik nia pernah pasang angan-angan nak masuk kolej matrikulasi ni ambik aliran akaun, tapi result addmath tak memuaskan. So, cik nia sambung la form 6 kat Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah. Ramai jugak kawan-kawan cik nia yang masuk matrikulasi ni & ramai jugak yang sambung form 6 macam cik nia hehehe.

Cik nia pernah masuk dalam sebab ada 2 orang kawan cik nia duduk kuarters kat sini

Pemandangan Matrikulasi Selangor dari atas
Cousin cik nia sekolah kat sini la. Dia ambik kulineri dan baru habis praktikal di Port Dickson 


Terasa seperti berjalan di dalam muzium terbuka sahaja di sesetengah kawasan di Banting ini. Banting sememangnya sebuah bandar yang penuh dengan nostalgia namun dalam masa yang sama tidak mengecewakan jiwa remaja anda yang menghauskan keseronokan seperti yang ditawarkan di Tadom Hill.

Okaylah, cik nia undur diri dulu. Assalamualaikum, salah silap harap diampun.




๐Ÿ“ŒRujukan :
1)https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Banting
2)https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-banting/


Comments

  1. U have done a very good job explaining everything in details. Saya sendiri pun byk xtau rupanya byk lagi tpt kt banting yg saya xtau. sampai 3 pantai ada rupanya.. huhu.
    lagi satu kat banting ada kerepek2 sdap. saya beli utk raya haritu. harini baru repeat order blk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah madam...Banting pun banyak kedai kerepek hahahah. Paling famous kat sini Kerepek Ros๐Ÿ˜

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seni Silat Cekak Hanafi LMCZ2422

Kursus Fotografi

Nak Masak Ke Nak Main Masak-Masak Ni?