Jangan Dilupa 6 Hari di Bulan Syawal
Rasanya...belum terlambat untuk cik nia ucapkan selamat hari raya aidilfitri!
Cik nia mohon maaf zahir dan batin kepada pembaca-pembaca yang dikasihi semua🕌
Tidak lupa juga, cik nia nak ucapkan selamat berbuka puasa...happy iftar bagi sesiapa yang berpuasa enam pada hari ini😉
Cik nia percaya, mesti ada antara korang ni yang dah raya puasa enam kan? Baiklah, izinkan cik nia share 1 matan hadith ya🤗
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ
شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya :
Daripada Abu Ayyub al-Ansari Radiyallahu a'nhu, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun."(Hadith riwayat Muslim, no. 1164, Abu Dawud, no. 2433, at-Tirmizi, no. 759, Ibn Majah, no. 1716, Ahmad, no. 22433 & 22454)
Selain dengan ganjaran agung iaitu berpuasa selama setahun, puasa 6 hari di bulan Syawal juga dapat melengkapkan kekurangan puasa Ramadhan kita. Sepertimana yang kita ketahui, ibadah-ibadah sunat inilah yang akan menampung kekurangan kualiti ibadah-ibadah fardhu kita. Betul tak ???
Al-Hafiz Ibnu Rajab berkata, puasa 6 hari di bulan Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Selain itu, terdapat beberapa pandangan ulama' daripada mazhab as- Syafi’e antaranya Imam Nawawi, berpendapat bahawa seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadhan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.
Di samping itu, umat Islam akan terlatih untuk meneruskan puasa-puasa sunat yang lain setelah berakhirnya bulan Ramadhan. Kemungkinan umat Islam akan terlupa untuk meneruskan ibadah puasa-puasa sunat lain setelah menyambut hari raya Aidilfitri.
Haaa tu diaaa...yang ni cik nia pun sangat sangat akui sebab sepanjang bulan syawal ni lah kita selalu dihidangkan pelbagai aneka juadah makanan daripada pelbagai air tangan yang sedap-sedap belako. Dan dalam bulan ni jugalah sebahagian daripada kita akan makan apa sahaja makanan yang ada di depan mata tak kira ketupat, rendang, kuah kacang, lemang, lontong, sate ayam, sate daging, pelbagai kuih raya hahahah contohnya macam cik nia la...bila ada depan mata semuanya nak dibedal😂 Ni antara menu yang cik nia makan masa aidilfitri tahun ni🤭(Kredit gambar : mr google). Jangan tanya cik nia kenapa tak sempat amik gambar...kompem makanan dah masuk perut dulu berbanding kamera🤣
Oleh itu, melalui puasa sunat 6 hari di bulan Syawal sekurang-kurangnya mengingatkan kepada umat Islam untuk terus berpuasa dan tidak semata-mata menunggu kedatangan bulan Ramadhan pada tahun kemudiannya untuk berpuasa.
Seterusnya, puasa 6 hari di bulan Syawal turut mendidik diri kita agar bersederhana dalam menyambut Aidilfitri. Hal ini menunjukkan kita tidak terlalu berlebihan dalam berhari raya dan lebih mengutamakan kelebihan dan ganjaran dalam bulan Syawal itu. Oleh itu, puasa sunat enam pada bulan Syawal adalah keutamaan selepas berpuasa di bulan Ramadan.
Cik nia nak tanya lah, korang tahu tak apa makna bagi perkataan "Aidilfitri" ???
Cik nia ada baca dalam 1 pdf ni kan, dia kata...
Jika diteliti maksud Aidilfitri yang sebenar gabungan dua perkataan iaitu Eid dan Fitr. Perkataan Eid (عید) berasal daripada `aud yang bermaksud ulangan. Ia menjelaskan sama ada hari raya itu berulang pada setiap tahun atau kegembiraannya berulang setiap kali menjelang hari raya ataupun terlalu banyaknya nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya pada hari raya tersebut.
Fitri pula membawa maksud fitrah. Fitrah di sini membawa maksud hari kembalinya kesucian kepada kita. Ia bermaksud, kita dahulunya berasal daripada seorang yang suci daripada noda dan dosa iaitu sewaktu kita dilahirkan di dunia ini. Dalam melalui perjalanan kehidupan, tentunya kita ada sedikit sebanyak terpalit dosa dan
kesalahan. Maka dengan hadirnya Aidilfitri, ia seolah-olah mengembalikan kita kepada fitrah atau kesucian buat kali kedua dengan terhapusnya dosa kita rentetan daripada ibadah puasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramdhan.
Aidilfitri = Kembali Fitrah.
Kita perlu menyedari bahawa Aidilfitri yang kita sambut pada saban tahun ni adalah tidak membawa makna apa-apa jika tahap ibadah kita pada bulan Ramadhan tidak ada rasa kehambaan kepadaNya. Jangan pula kita mengejar
nikmat berhari raya sehingga kita melupakan syarat berhari raya itu sendiri iaitu pelaksanaan ibadah yang sempurna kepadaNya.
Para hukama’ ada menyebut:
لیس العید لمن لبس الجديد، إنما العید لمن طاعته تزيد
Bukanlah sebenar-benar hari raya itu bagi yang memakai pakaian baru...tetapi sebenar-benar hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya terus bertambah.
لیس العید لمن تجم ّل باللباس والمركوب، إنما العید لمن غفرت له الذنوب
Bukanlah sebenar-benar hari raya itu bagi yang berhias-hias dengan pakaian juga kenderaan... tetapi sebenar-benar hari raya itu adalah bagi orang yang diampunkan dosa-dosanya.
لیس العید لمن حاز الدرھم والدينار، إنما العید لمن أطاع العزيز الغفار
Bukanlah sebenar-benar hari raya itu bagi yang memperolehi dinar juga dirham...tetapi sebenar-benar hari raya itu bagi orang yang mentaati Allah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Taqabbalallahu minna waminkum!😍
Okaylah, cik nia akhiri dengan ucapan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mohon ampun atas salah silap cik nia ya.
📌Rujukan :
1)http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/semua-mutiara-hadith/996-puasa-sunat-6-syawal
2)https://zayan.my/zayan-pit-stop/trending/4-kelebihan-puasa-enam-yang-anda-perlu-tahu
3)https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://masjidabidin.org.my/PDF%2520Files/Makalah%2520Dakwah%2520-%2520Bil%252015.pdf&ved=2ahUKEwjIrb-P3_TpAhURwTgGHU4_DbkQFjABegQIAhAB&usg=AOvVaw0LFRMi61JLvTBu1xxepWLt
Salam Nia,
ReplyDeleteI can see you a talent in writing - to be a blogger.
Good content, good element.
I like the part you put the ref on below.
Good job!
Thank you, madam🤗
Delete