Jom Buang Lemak
Hai Assalamualaikum & selamat petang!
Kome semua tengah buat apa tu? Fuh, cik nia baru habis main badminton dengan adik cik nia ni ha. Baru 15 minit...dah tercungap-cungap macam orang asthma, lama benor tak exercise ni. Kalau bukan musim pkp, selalunya weekend/holidays...cik nia & family mesti jogging kat Bukit Jugra pagi-pagi lepas Subuh. Untuk pengetahuan korang, kat Bukit Jugra ni ada jalan tar macam jalan raya tau untuk korang jogging/berjalan/berbasikal. Kalau korang sekadar nak lepak sambil menikmati pandangan yang saujana mata memandang pun boleh, korang drive je kereta terus parking kat atas. Sepanjang perjalanan ke puncak, korang akan menempuhi perkuburan cina & pokok hutan hijau yang menghiasi bukit.
Cik nia & family cik nia selalunya parking kereta kat bawah, pastu warm up then mulalah jogging sampai ke puncak Bukit Jugra...view pun cantik tau kat atas tu, sesuai sangat untuk terapi diri๐ Biasanya, cik nia ambik masa 25-30 minit untuk sampai ke puncak bukit ni. Tapi kalau dah lama tak jogging kat sini, ambik masa hampir 1 jam jugak la nak sampai atas tu hehehe. Selalunya awal pagi, memang ramai orang cina yang jogging kat sini...kalau dah mula pukul 8 pagi ke atas baru la nampak orang melayu jogging hihi. Cik nia suka pergi awal pagi lepas subuh sebab bila sampai puncak tu takde orang, cik nia nak jerit puas-puas kat atas tu. Nak release stress kononnya la. Seriously...rasa puas + lega lepas jerit kat atas tu. Dah macam orang gila pulak kan hahahah. Sebenarnya, cik nia ada nampak orang cina buat macam tu...so cik nia pun tiru dia๐ Selain family, kadang-kadang, cik nia pergi jogging dengan kawan-kawan sekampung cik nia jugak. Lagipun, Bukit Jugra ni tak jauh pun dari rumah cik nia...kira-kira 10 minit dah sampai. Naik basikal dari rumah pun boleh sampai.
Kerana kau...gunung yang tinggi sanggup ku daki,
Kerana kau...lurah yang dalam sanggup ku turuni.
Hahahah bermadah pujangga pulak kat sini.
Sebenarnya cik nia nak cerita pasal manfaat berjogging/berjalan kat bukit yang tak semua orang tahu, tapi dah melalut pulak hehehe ampun ampun๐
Berjogging tidak kira sama ada di bukit atau di atas treadmill, adalah satu bentuk latihan penentangan yang membina otot-otot di betis, quad, hamstrings, dan glutes. Hill running menguatkan kawasan tersebut lebih daripada berjalan di atas tanah rata. Kita juga akan menguatkan flexors hip dan tendon Achilles anda. Kalau korang tak suka buat latihan litar atau latihan kekuatan, bukit adalah cara semulajadi untuk membina otot-otot tersebut melalui berjalan.
Antara manfaat yang korang dapat dengan berjogging atau berjalan kat bukit ialah :
1) Menambah kelajuan
Otot yang kita gunakan untuk berlari bukit adalah otot yang sama digunakan untuk berlari, jadi kekuatan yang kita bina itulah yang akan meningkatkan kelajuan kita. Ulang-alik turun naik bukit adalah latihan yang sangat baik untuk menambah kelajuan, kekuatan, keyakinan, dan ketahanan mental kita.
2) Meningkatkan stamina badan
Aktiviti jogging atau berjalan di bukit juga tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardiovaskular. Menurut juruterapi senaman, Adasandha Anuar, 32, mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan kardiovaskular yang konsisten dapat meningkatkan stamina dan badan menjadi lebih sihat. Tentunya korang boleh melakukan kerja berat atau bergerak aktif dalam tempoh yang lama tanpa mengalami masalah cepat penat atau termengah-mengah.
3) Membantu mengurangkan berat badan
Senaman berintensiti tinggi sebegini perlu dilakukan dalam masa tidak kurang daripada 20 minit untuk mendapatkan kesan yang optimum. Hal ini kerana dalam tempoh ini barulah proses pembakaran lemak bermula. Hal ini tidak sama dengan latihan di gimnasium kerana ia lebih berkesan dan menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat berlaku. Selain itu, kita juga boleh cuba berjalan mengiring ketika menuruni dan mendaki bukit selama 40 saat. Tahap kelajuan adalah mengikut kemampuan. Ulangan sebanyak 4-8 set dan setiap satu set diselang-selikan dengan rehat selama 3 saat. Untuk larian pula, lakukan dalam masa 60 saat diikuti pengulangan dalam 4-8 kali set diselang-selikan dengan rehat selama minit setiap satu set.
Hmm moga-moga penularan wabak covid-19 cepat-cepatlah reda, supaya pkp pun tamat. Cik nia dah rindu dengan Bukit Jugra kesayangan cik nia tu huwaaaaa...cik nia pun dah lama tak pergi sana, entah berapa kg lemak la yang cik nia tengah ternak dalam badan ni hahahahah.
Cik nia akhiri dulu dengan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...salah silap harap diampun.
๐ Rujukan :
1)https://ms.diphealth.com/774-benefits-of-hill-running-2911958-33
2)https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/272368/amp
Kome semua tengah buat apa tu? Fuh, cik nia baru habis main badminton dengan adik cik nia ni ha. Baru 15 minit...dah tercungap-cungap macam orang asthma, lama benor tak exercise ni. Kalau bukan musim pkp, selalunya weekend/holidays...cik nia & family mesti jogging kat Bukit Jugra pagi-pagi lepas Subuh. Untuk pengetahuan korang, kat Bukit Jugra ni ada jalan tar macam jalan raya tau untuk korang jogging/berjalan/berbasikal. Kalau korang sekadar nak lepak sambil menikmati pandangan yang saujana mata memandang pun boleh, korang drive je kereta terus parking kat atas. Sepanjang perjalanan ke puncak, korang akan menempuhi perkuburan cina & pokok hutan hijau yang menghiasi bukit.
2 orang kawan sekampung cik nia |
Bila jogging sambil mendaki bukit, memang double triple penat dia...tipu la kalau tak pernah pancit kat tengah jalan masa jogging tu. Penat dia lain macam tau hahahah. Tapi sebab nak tengok view yang cantik sangat kat puncak bukit, cik nia gagahkan jugak diri ni.
Kerana kau...lautan api sanggup ku renangi,
Kerana kau...gunung yang tinggi sanggup ku daki,
Kerana kau...lurah yang dalam sanggup ku turuni.
Hahahah bermadah pujangga pulak kat sini.
Sebenarnya cik nia nak cerita pasal manfaat berjogging/berjalan kat bukit yang tak semua orang tahu, tapi dah melalut pulak hehehe ampun ampun๐
Berjogging tidak kira sama ada di bukit atau di atas treadmill, adalah satu bentuk latihan penentangan yang membina otot-otot di betis, quad, hamstrings, dan glutes. Hill running menguatkan kawasan tersebut lebih daripada berjalan di atas tanah rata. Kita juga akan menguatkan flexors hip dan tendon Achilles anda. Kalau korang tak suka buat latihan litar atau latihan kekuatan, bukit adalah cara semulajadi untuk membina otot-otot tersebut melalui berjalan.
Antara manfaat yang korang dapat dengan berjogging atau berjalan kat bukit ialah :
1) Menambah kelajuan
Otot yang kita gunakan untuk berlari bukit adalah otot yang sama digunakan untuk berlari, jadi kekuatan yang kita bina itulah yang akan meningkatkan kelajuan kita. Ulang-alik turun naik bukit adalah latihan yang sangat baik untuk menambah kelajuan, kekuatan, keyakinan, dan ketahanan mental kita.
2) Meningkatkan stamina badan
Aktiviti jogging atau berjalan di bukit juga tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan latihan kardiovaskular. Menurut juruterapi senaman, Adasandha Anuar, 32, mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan kardiovaskular yang konsisten dapat meningkatkan stamina dan badan menjadi lebih sihat. Tentunya korang boleh melakukan kerja berat atau bergerak aktif dalam tempoh yang lama tanpa mengalami masalah cepat penat atau termengah-mengah.
3) Membantu mengurangkan berat badan
Senaman berintensiti tinggi sebegini perlu dilakukan dalam masa tidak kurang daripada 20 minit untuk mendapatkan kesan yang optimum. Hal ini kerana dalam tempoh ini barulah proses pembakaran lemak bermula. Hal ini tidak sama dengan latihan di gimnasium kerana ia lebih berkesan dan menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat berlaku. Selain itu, kita juga boleh cuba berjalan mengiring ketika menuruni dan mendaki bukit selama 40 saat. Tahap kelajuan adalah mengikut kemampuan. Ulangan sebanyak 4-8 set dan setiap satu set diselang-selikan dengan rehat selama 3 saat. Untuk larian pula, lakukan dalam masa 60 saat diikuti pengulangan dalam 4-8 kali set diselang-selikan dengan rehat selama minit setiap satu set.
Cik nia & 2 orang kawan sekampung cik nia |
Hmm moga-moga penularan wabak covid-19 cepat-cepatlah reda, supaya pkp pun tamat. Cik nia dah rindu dengan Bukit Jugra kesayangan cik nia tu huwaaaaa...cik nia pun dah lama tak pergi sana, entah berapa kg lemak la yang cik nia tengah ternak dalam badan ni hahahahah.
Cik nia akhiri dulu dengan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...salah silap harap diampun.
๐ Rujukan :
1)https://ms.diphealth.com/774-benefits-of-hill-running-2911958-33
2)https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/272368/amp
So, mana lagi tinggi between bukit broga and jugra?
ReplyDeletesaya so far tak penah hiking lagi. setakat jungle trekking masa sekolah dulu pernah la. kesian tak saya. hahaha
thanks for sharing. good job!
Ikut pengalaman saya, Bukit Broga lagi tinggi & lebih mencabar, madam. Sebab kalau bukit jugra, laluan hiking dia jalan tar, so tak licin hehe. Tapi kalau nak hiking tak nak guna jalan tar pun bole, yang tu kawasan dia kat belakang masjid kelanang. Kalau pergi dengan family, seronok madam๐๐ป
Delete