Asas Keusahawanan Inovasi LMCW1022

Hai Assalamualaikum. Apa yang cik nia belajar kali ni? Haaa untuk subjek ni, cik nia baru tahu rupanya semua fakulti kena ambik citra ni. Patutlah dewan kuliah fep tu selalu sesak masa kuliah ni. Sampai ada yang duduk kat bawah, fuh. Okaylah, kali ni cik nia nak cerita tentang cerita kita...ehhh hahahah gurau gurau. Kali ni cik nia nak cerita tentang apa yang ada dalam kursus LMCW1022 ni? 
Jom kita geledah. 

Untuk tugasan kursus ni, kitorang dikehendaki untuk memulakan perniagaan secara simulasi. So sebelum memulakan perniagaan, kitorang kena la buat Business Model Canvas (BMC), Video Pitching dan Marketing Digital. Sebelum tu, kitorang telah bersepakat untuk memilih nama perniagaan Chockies4U sebagai nama perniagaan kitorang, iaitu sebuah perniagaan yang mengusahakan biskut coklat atau chocolate cookies (chockies4u). 

Tadaaa...cantik tak logo untuk chockies4u ni. Untuk pengetahuan korang, cik nia yang create logo ni tau. Cer korang komen sikit.


📍BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 
Pada dasarnya, BMC adalah draf kerja yang bertujuan untuk memudahkan dan membentangkan business model. BMC terdiri daripada 3 unsur utama, iaitu Product yang ada disebelah kiri, Value, dan Market yang ada disebelah kanan.

Ni panduan masa cik nia & teams cik nia buat BMC untuk Chockies4U 

BMC Chockies4U😍



📍VIDEO PITCHING
Video yang direka cipta untuk menerangkan BMC dan menarik perhatian orang lain terhadap produk kita. Jom tengok video pitching untuk chockies4u👇🏻



📍MARKETING DIGITAL
Seterusnya untuk part ni, cik nia & teams kena create fb page & promote at least 3 post copywriting dalam fb page ni. Fb page ni memang penting sangat untuk setiap orang yang buat business tak kira la business secara offline mahupun online. Dan dari situ jugaklah kita boleh buat fb ads supaya orang tahu kewujudan business kita selain untuk mendapatkan prospek dan pelanggan. 

Haaa ni la fb page chockies4u. 
Korang jangan minta order pulak lepas ni hahahah sebab ni hanya simulasi sahaja. Tapi tu la...cik nia & ahli grup cik nia promote macam betul-betul jual je chockies4u ni, rupanya simulasi je aiyooo.




Okaylah, itu sahaja yang cik nia nak kongsikan kepada korang. Selamat malam! Maaf salah silap naa. 

Comments

  1. wow macam betul la. bagus subjek ni.
    and logo tu cantik ok! i like!
    so cookies tu masak betul2 ke ambil gambar kt google je? hihi
    good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik gambar daripada instagram & pinterest je, madam😝

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seni Silat Cekak Hanafi LMCZ2422

Kursus Fotografi

Nak Masak Ke Nak Main Masak-Masak Ni?