Saya Minat Awak, LMCZ2422

Jengjengjeng...apa dia LMCZ2422 tu eh?
Siapa tahu cik nia nak bagi hadiah ni hehe tapi jangan pulak korang pakat-pakat dapatkan jawapan daripada mr google. Mana aci macam tu 😝

Hai Assalamualaikum kepada reader-reader yang dikasihi. Hari ni cik nia rasa terseru pulak untuk bermain dengan kata-kata dalam blog ni. Ada sesiapa yang boleh jawab persoalan cik nia dia atas? Okay, kalau korang nak tahu...LMCZ2422 adalah kod kursus citra bagi Seni Silat Cekak Hanafi di UKM. Ya, seni silat.

Kenapa cik nia tulis tajuk macam tu?
Sebab cik betul-betul minat dengan kursus ni & cik nia nak belajar sehingga peringkat tamat. Silat cekak hanafi ni ada 3 peringkat tau, di mana ia terbahagi kepada peringkat asas, peringkat potong dan peringkat tamat. Sekarang ni, alhamdulillah cik nia dah sampai peringkat potong. Doakan cik nia berjaya habiskan sehingga peringkat tamat, sikit je lagi🤗

Abang Baha yang selaku penyelaras kursus
 sedang memberi tunjuk ajar

Selalu kelas kat pusanika, tapi ada 1 malam ni kat padang kolej ktho. Feeling betul bila jatuh atas rumput tu, sejuk je. Kalau kat pusanika jatuh confirm sakit sebabnya atas lantai kan hahah

Mesti korang pelikkan, kenapa cik nia paling minat dengan kursus ni? Kenapa tak minat citra lain macam citra nasyid ke citra tarian ke? Alahai menari? Geli la pulokkk kalau cik nia menari. Entah apa rupanya hahahah. Hehehe cerita dia macam ni...kursus silat cekak hanafi ni, cik nia & ira mula daftar masa sem 1 yang lalu. Sebaik sahaja masuk kelas silat ni, tenaga pengajar yang kami gelar sebagai abang baha, selalu mengingatkan kitorang untuk belajar silat sebagai menuntut ilmu, bukan sekadar untuk peroleh citra semata-mata. Abang baha jugak mengesyorkan kitorang untuk menghabiskan silibus hingga ke peringkat tamat. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan gituhhh. Then, tiap-tiap kali kelas...mesti ada je nasihat yang abang baha selitkan untuk kitorang.

Tadaaa...ni lah warga LMCZ2422 untuk sem 1 dulu. Ramai ambik peringkat asas masa ni. Tapi tak berapa ramai yang sambung ke peringkat seterusnya iaitu peringkat potong

Masa ni baru habis buat persembahan di panggung seni sempena Karnival Citra Budaya UKM 2019

Masa nak daftar kursus sem 2 ni, cik nia pilih seni Silat Cekak Hanafi II untuk sambung ke peringkat potong. Apa yang cik nia rasa...walaupun penat, banyak keluar peluh masa kelas ni, tapi kelas ni la yang paling enjoy & paling relax sebab tenaga-tenaga pengajar, senior, member-member silat semua sporting belaka. Malah, cik nia turut mendapat sokongan yang konsisten daripada tenaga-tenaga pengajar. Setiap kali je balik kelas silat, mesti rasa hilang segala stres dan tekanan. Badan pun automatically rasa ringan & lebih bermaya malam tu, kalau tak...selalu rasa layu je. Selalunya kelas silat untuk kursus ni diadakan pada hari isnin & rabu jam 9-11 malam di pusanika. Hujan atau hujan, kelas tetap jalan...jarang-jarang kelas silat ni dibatalkan hahahah. 9-11 malam tu nampak macam lama tapi setiap kali kelas mesti rasa sekejap je dah pukul 11 malam. Pukul 9.00 - 9.15 malam, kitorang akan mula untuk warm up dan teruskan kelas sampai pukul 11 diselangi dengan rehat selama 10 minit. Begitulah rutin kelas silat cik nia untuk setiap minggu.

Lepas habis kelas silat je, kitorang yang gegirls ni lebih kurang 4/5 orang akan jalan kaki sama-sama untuk balik ke kolej. Ada lah 1 malam tu, masa tengah jalan nak balik kolej tu...cik nia pergi letakkan kedua-dua tangan cik nia ni kat bahu kawan cik nia pastu mulalah nyanyi lagu semut berkawad satu dua tiga hoora hoore. Pastu tak sangka pulak 2 orang lagi kawan cik nia pergi sambung barisan kat belakang hahahah. Maka, bergemalah jalan yang gelap tu dengan alunan nyanyian kitorang yang agak 'merdu'. Lebih kurang 2 minit kemudian, tiba-tiba...ada seorang lelaki dari belakang lalu tepi kitorang. Habis meletus gelak kitorang macam gunung berapi masa tu...haih buat malu perempuan je, nasib baik gelap...so tak berapa jelas la muka kitorang waktu ni kot hehehehe.

Ni la kumpulan cik nia masa buat persembahan prawajadiri untuk LMCZ2422. Tapi orang yang belakang-belakang tu bukan ek, tu hanya perosak gambar hahahah

Sebelum keluarnya arahan pkp dulu, persatuan seni silat cekak hanafi UKM akan menghantar beberapa orang peserta untuk pertandingan wajadiri di UNISZA, Terengganu. Hmm kisah sedih ringkas, cik nia tak terpilih untuk menyertai pertandingan wajadiri tu. So, cik nia jadi la penyokong untuk team UKM ni. Hahahah kira okay la, dapat keluar ke negeri orang kan, bukannya selalu. Nak-nak lagi ganu, banyak keropok lekor sedap boh. Cik nia fikir, alangkah indahnya kalau boleh borong keropok lekor dari sana hahahahah banyak cantik muka kau, nak support member ke nak pergi jalan-jalan cari makan.

Kisah sedih ringkas lagi. Malangnya...1 malam sebelum pertandingan, pertandingan wajadiri ditangguhkan atas sebab penularan wabak covid-19.
Ingin kutunjukkan pada siapa saja yang ada 🎶
Bahwa hatiku kecewa 🎶
Hahahah cik nia ternyanyi pulak. Adoi, nasib baik cik nia tak packing baju lagi masa tu. Hmm kiranya 2 kali dah cik nia dikecewakan macam tu je pada bulan Mac 2020 selain birthday celebration tu aiyooo apa boleh buat, dunia ini bukan kau yang punya😂

So disebabkan sekarang pkp, kelas online untuk silat tetap ada...cumanya ia agak terbatas sebab kursus ni lebih kepada praktikal sebenarnya dan kita tak boleh buat buah silat sembarangan kepada orang lain melainkan ahli-ahli silat sahaja kerana dikhuatiri akan mendatangkan kecederaan yang tidak dijangka.

Rutin kelas LMCZ2422 sepanjang pkp

Okay, cukup sekadar ni sahaja cik nia bermain dengan kata-kata. Cik nia akhiri dengan kata Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Minta maaf atas kesalahan cik nia.



Comments

  1. beralun2 sayu dia nyanyi lagu. mesti sedih betul kan. xpelah, xde rezeki.
    Insha'allah Allah ganti dgn lebih baik lagi nnt.
    saya pun pernah masuk silat cekak hanafi ni. cuma x ingat sampai peringkat potong ke peringkat mana hahaha.
    Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh entah-entah madam dah sampai peringkat tamat ni🤩

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seni Silat Cekak Hanafi LMCZ2422

Kursus Fotografi

Nak Masak Ke Nak Main Masak-Masak Ni?