Si Manja Penghibur Hati
Hai Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat menjemput rezeki kepada pembaca-pembaca semua. Cik nia doakan...moga korang semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa di bawah limpahan rahmat-Nya😊
Okaylah, cik nia nak berterus terang je dengan korang ni. Untuk blog kali ni, cik nia nak bercerita tentang kucing je. Boleh ke tak boleh ni?
2) Melatih hubungan sosial yang baik
Kucing sememangnya haiwan yang memerlukan perhatian, tetapi si manja ini juga memberikan perhatian yang cukup kepada pemiliknya. Ia dapat mengajar kita untuk memiliki hubungan sosial yang lebih baik.
By the way, korang dapat tangkap tak siapa dia si manja yang cik nia coret pada tajuk blog kali ini?!!! Ada ke yang tak tahu? Haaa ngaku cepat. Hehehe...si manja kat sini ialah kucing. Ya, kucing...Haaa siapa suka kucing dan pelihara kucing kat sini? Put your hands up!
Ke...korang takut dan geli dengan kucing sebenarnya hahahahah🤣
Hah ni la kucing cik nia...dia malu pulak nak tunjuk muka hehehe. Sebenarnya ni kucing datang. Tak tahu siapa tuan dia. Puas cik nia tanya jiran-jiran cik nia, semua kata bukan. |
Okaylah, cik nia nak berterus terang je dengan korang ni. Untuk blog kali ni, cik nia nak bercerita tentang kucing je. Boleh ke tak boleh ni?
Setiap orang yang melakukan sesuatu perkara semestinya bersebab. Tidak kiralah sebab untuk kepentingan diri ataupun sebaliknya. Begitu juga dengan cik nia, cik nia bela kucing bukan saja-saja je tau😂
Pada mulanya, cik nia akui...cik nia memang geli sangat dengan makhluk berbulu yang bergelar si manja ni. Nak sentuh pun takut-takut. Takut kena cakar tu of course hahahah. Tapi satu hari tu, kalau tak silap ketika cik nia berumur 9 tahun. Cik nia terjumpa seekor kucing dalam stor rumah cik nia. Seekor sahaja. Mungkin dia dibuang tuan, agak cik nia. Dan pada saat itulah, pada detik itulah rumah cik nia mula dihuni oleh si manja ni😱
Seperti yang cik nia katakan di atas...cik nia memang takut dan geli dengan kucing. Akan tetapi, segalanya mula berubah bila cik nia mula tersentuh dengan pandangan mata kucing yang ada dalam stor cik nia tu. Pandangan yang seakan-akan minta diberi perhatian dan dibelai dengan kasih sayang. Jadinya, bilamana 2 orang adik cik nia teruja untuh sentuh & belai kucing tu...cik nia pun cuba perlahan-lahan untuk dekati dan belai kucing tu. And finally yeahhh...sampai sekarang la cik nia suka sangat belai kucing. Kena cakar? Pedehal😂 Kata sayang kucing...kena la hadap kannn hahahah.
Bahkan, ketika cik nia mula nak check in ke kolej kediaman pada 2 September 2019 yang lalu...cik nia tak lupa untuk selit bekalan si manja sekali dalam luggage cik nia. Tepat dengan jangkaan cik nia, rupanya memang banyak kucing di sekitar blok cik nia. Kadang-kadang, bila roomate cik nia takde dalam bilik...cik nia bawa masuk kucing ke dalam bilik diam-diam. Shhhhh korang jangan bagitahu roomate cik nia pulak eh hehehehe. Biasanya sabtu ahad, memang roomate cik nia takde sebab rumah dia dekat bangi je. Tak sampai 15 min dah sampai kolej. Lain la cik nia, kira-kira 1 jam dari rumah kat Banting untuk sampai ke kolej. Tapi cik nia balik rumah 2 minggu sekali je...hmm kadang-kadang sebulan sekali je atas sebab-sebab tertentu😔
Ehh ehh berbalik pada topik kita tadi hehehe...
Mengikut kamus bahasa melayu, kucing ialah sejenis binatang yang kecil, berbulu lembut dan tebal juga dipelihara sebagai binatang kesayangan dan kebiasaannya untuk menangkap tikus.
Mengikut kamus bahasa melayu, kucing ialah sejenis binatang yang kecil, berbulu lembut dan tebal juga dipelihara sebagai binatang kesayangan dan kebiasaannya untuk menangkap tikus.
Okay! Antara sebab yang cik nia akui dengan membela kucing, cik nia dapat :
1) Mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood
Membelai kucing yang baring di atas pangkuan kita dapat mengurangkan sekaligus menghilangkan tekanan yang kita alami. Ketika berdepan dengan masalah, kucing dapat membuatkan kita menjadi lebih tenang. Secara psikologinya, kita juga lebih mudah pulih daripada tekanan.

Situasi ini boleh berlaku kerana kucing merupakan antara haiwan yang mempunyai keupayaan untuk memahami emosi manusia. Kucing tidak mudah stres walaupun tidak mendapat sokongan daripada persekitarannya. Malah, kucing juga turut dipercayai dapat meningkatkan mood kita. Hal ini kerana, kucing lebih dikenali dengan haiwan yang sangat lincah. Telatah dan aksi-aksi mereka ketika bermain pastinya mencuit hati kita dan tanpa kita sedar ia mampu meningkatkan mood kita.
Meowww..... |
2) Melatih hubungan sosial yang baik
Kucing sememangnya haiwan yang memerlukan perhatian, tetapi si manja ini juga memberikan perhatian yang cukup kepada pemiliknya. Ia dapat mengajar kita untuk memiliki hubungan sosial yang lebih baik.
Satu benda yang cik nia perasan, orang yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan turut dapat memupuk sifat empati dan belas kasihan terhadap manusia. Satu penelitian menyebut, orang yang memelihara kucing sangat sensitif secara sosial. Mereka juga lebih mudah meletakkan kepercayaan terhadap orang lain. "Perasaan positif terhadap haiwan peliharaan akan menimbulkan perasaan positif terhadap orang lain," tulis Rose Perrine dan Hannah Osbourne dari Universiti Eastern Kentucky.
3) Mampu bersedeqah secara tak sedar
Hal ini kerana ketika mana kita membela kucing, pastinya kita juga akan memberi makan dan minum kepada haiwan peliharaan kita.
Hal ini kerana ketika mana kita membela kucing, pastinya kita juga akan memberi makan dan minum kepada haiwan peliharaan kita.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Allah SWT:
بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي، فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ العَطَشُ، فَنَزَلَ بِئْرًا، فَشَرِبَ مِنْهَا، ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ أَجْرًا؟ قَالَ: فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ
Maksudnya: “Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya. Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan. Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi. Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah SWT maka Allah SWT mengampuninya”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”. Rasulullah SAW bersabda: “(Berbuat baik) Setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala”.
(Riwayat al-Bukhari (2363))

Oleh itu, kita digalakkan untuk memelihara, memberi makan dan juga minum kepada haiwan seperti kucing terutamanya ketika haiwan tersebut dalam keadaan yang lapar dan dahaga.
Oleh sebab kucing jalanan (stray cats) haiwan yang tidak dipandang, alangkah baiknya...jika kita mempunyai sebahagian peruntukan untuk membeli makanan khusus buat mereka. Hal ini kerana ramai orang yang hanya ingin memelihara kucing berbulu kembang atau baka import sahaja.
Kalau korang nak tahu...musim-musim pkp ni la cik nia baru tahu macam mana nak bezakan kucing jantan dengan kucing betina selain aset kucing tu. Jiran cik nia cerita, "Kucing jantan biasanya...kepala dan tapak kaki dia lebih besar berbanding kucing betina. Kucing betina pulak kepala dan tapak kaki dia lebih kecil jika nak dibandingkan dengan kucing jantan". Lepas jiran cik nia kata macam tu, cik nia pun terus tengok kucing jantan dan kucing betina...haah la memang betul. Kihkihkih...siapa baru tahu macam cik nia sekarang ni? 😂
Siapa comel macam saya? |
Okaylah, bila cerita pasal kucing ni...cik nia rasa macam nak main pulak dengan kucing-kucing cik nia sekarang ni.
Cik nia akhiri dengan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mohon ampun atas salah silap nah.
📌 Rujukan :
1)http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kucing
2)https://www.mstar.com.my/xpose/isuke/2019/05/09/kelebihan-bela-kucing-kesihatan
3)https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1440-irsyad-al-hadith-siri-ke-141-kisah-pemuda-dan-anjing

ya. saya pun baru tau. selama ni tgk aset je. hahahaha.
ReplyDeleteNice writing! keep it up!