Kawan Karib Oh Kawan Karib
Hai Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Hmmmmm tiba-tiba cik nia rasa rindu pulak dengan kawan karib cik nia yang sorang ni๐
Sebelum bermulanya perintah pkp, cik nia dah plan awal-awal dah nak buat birthday celebration cik nia kat bilik sendiri dan jemput beberapa orang kawan yang lain. Yang seronoknya...roomate cik nia pun sama tarikh birthday dengan cik nia rupanya, 18 Mac 2000. Untuk preparation tu, cik nia dah siap beli belon yang colorful untuk hias bilik masa birthday celebration nanti. Tapi cik nia senyap je, konon nak buat surprise la kan hehe. Roomate cik nia masa ni berada di Kelantan sebab ziarah kakak dia baru bersalin dan akan sampai kolej pada 18 Mac tu. Rakan karib cik nia pulak, ira (bukan nama sebenar) masa ni balik Perak jap sebab ada interview dan dia dah janji untuk balik kolej pada 18 Mac 2020 tu untuk celebrate birthday cik nia sama-sama malam tu.
Tiba-tiba...
Arahan perintah pkp mula dikeluarkan dan akan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Meski ku rapuh ๐ถ Sakitnya tuh di sini ๐ถ Hahahahah macam-macam lagu sedih keluar daripada mulut cik nia masa tu. Tak tahu nak react apa masa dengar berita ni. Sedih pun ya. Kecewa pun ya.

Huwaaaaaaa...mengapa takdirku begini ๐
Hmm tapi takpe la...cik nia bangga jugak la kiranya sebab tarikh birthday sendiri boleh pulak jadi sejarah bermulanya pkp kat Malaysia ni kihkihkih. Boleh lah cerita kat cucu cicit nanti kannn hehehe.
So bila dapat je berita ni, memang ira tak balik Selangor la jawapan dia...sampai la sekarang berbulan-bulan lamanya tak dapat jumpa dia yang berada jauh nun di Perak sana. Hahahah jauh ke? Selangor dengan Perak jiran je kannn๐
Sebenarnya...cik nia kenal ira daripada kawan sekelas cik nia masa zaman form 6 dulu. Rupanya ira ni cousin kepada kawan cik nia huhu kecik je dunia ni. Then, bila ira tahu cik nia ni kawan sekelas kepada cousin dia...dia ajak la cik nia daftar kursus sem 1 sama-sama kat bilik dia, selang 1 bilik daripada bilik cik nia je. Bila jadual kuliah sama automatically ada la member bila nak gerak ke dewan kuliah nanti kan. So, tanpa pikir panjang, cik nia pun hangkut la laptop semua pergi bilik dia untuk daftar kursus. Roomate dia orang Johor rupanya dan tersangat la ramah orangnya hehehe...selalu say hai/hoi tiap-tiap kali jumpa. Cik nia pun layankan ajelah๐ Jarang-jarang nak jumpa orang happy go lucky macam ni tau. Automatically kita yang dapat aura positif daripada dia.
Semenjak ira ajak cik nia daftar kursus sama-sama tu lah kitorang mula mengenali antara satu sama lain. Sejak itu jugalah, kitorang selalu pergi kuliah sama-sama. Pergi makan kat kafe kolej atau kat pusanika atau kafe zaaba sama-sama. Yang paling menghantui selera kitorang ialah sambal belacan hahah. Kitorang jugak jogging area UKM sama-sama. Outing area Bangi sama-sama. Tengah-tengah pagi, makan maggi sama-sama. Selalu lepak bilik sama-sama. Bila sakit, pergi pusat kesihatan sama-sama. Bila grouping, mesti nak group sama-sama. Selalu buat assignment sama-sama. Jadual duty kat kiosk pun nak sama-sama. Sampai kena kejar monyet pun sama-sama aiyoo hahahahah.

Sebelum minggu kuliah sem 1 bermula, kitorang dah start cari mana tempat kuliah |
Outing area Bangi dengan ira & cousin ira |
Hampir semua benda kitorang buat sama-sama. Kiranya, kitorang dah macam belangkas dah kat UKM sana. Bila nampak muka cik nia, automatically ira pun ada. Sampaikan...2 program hari interaksi, ira tak dapat join sebab ada aktiviti unit beruniform. So, cik nia pun sorang-sorang je la...pandai-pandai la kau bergaul dengan orang lain hahah. Diorang sampai cerita kat ira yang cik nia senyap je masa hari interaksi hahahah. Sedih la tu kot...sebab ira tak dapat join. Lama kelamaan, kitorang mula selesa antara satu sama lain dan mula berkongsi masalah sesama sendiri.
Akan tetapi, lebih kurang sebulan setengah sebelum final exam...hubungan kitorang mula retak berpunca daripada cik nia sendiri. Jahatnya cik nia ni kannn.
Ceritanya bermula macam ni :
Lepas habis duty kat kiosk pukul 7.55 malam, cik nia terus tergesa-gesa untuk masuk bilik sebab belum tunaikan solat maghrib kan. Masa cik nia on the way nak masuk bilik, tiba-tiba ira buka pintu bilik dia sambil say hi kat cik nia. Cik nia pun terus cakap, "Awak, awak jangan minta tolong saya ya, saya nak cepat ni". Pastu, ira kata lebih kurang macam ni, "Saya say hi je...tak cakap pun nak minta tolong awak". Cik nia pun, "Ala ala...jangan la merajuk, saya nak cepat sebab belum solat maghrib lagi". Terus ira tutup pintu. Oh ya, lupa nak bagitahu korang...cik nia & ira memang guna perkataan saya-awak sejak first time kenal. Tapi, bila kitorang dah akrab...nak tukar aku-kau tu...dia jadi awkward pulak rasanya hahahah orang lain mesti pandang pelik bila kitorang guna perkataan saya-awak ni.

Then, kira-kira pukul 9 malam macam tu lepas isyak...cik nia terus pergi bilik ira. Ketuk-ketuk pintu, roomate ira yang buka pintu dan dia kata ira tengah tidur. Cik nia pun minta izin masuk, pastu nampak la ira tengah tunduk. Cik nia cuba bergurau sambil minta maaf dengan ira tapi no response. Lebih kurang 3 minit dalam bilik ira, cik nia pun keluar. Tu lah kau nia...mulut cakap main lepas aje. Orang tu say hi je, kau pulak cakap jangan minta tolong.
Masa jogging ni, cik nia & ira sempat capture gambar untuk tugasan kursus fotografi |
Sejak kejadian tu la, kadang-kadang cik nia pergi dewan kuliah sendiri sebab ira dah pergi dulu. Kadang-kadang pergi dewan kuliah sama-sama tapi masing-masing senyap krik krik je. Bila nak buat sesuatu, ira dah tak minta tolong kat cik nia macam dulu dah, semuanya ira buat sendiri. Bila berbual, tak rancak macam dulu lagi dah. Cik nia tanya sepatah, ira jawab sepatah. Tapi, bukan dengan orang lain. Makan pun cik nia selalu makan sendiri je dalam bilik. Hmmm sedih jugak la masa ni...and waktu ni la cik nia rasa down sangat-sangat masa tahun 2019 yang lalu. Tak tahu la cik nia dah bazirkan air mata ke berapa kali semata-mata sebab hal ni. Tapi tu lah, dengan menangis la sebenarnya cik nia rasa lega & tak terbeban sangat.
Hampir 3 minggu kemudian, nak dekat final exam sem 1...barulah segalanya kembali seperti sediakala sehinggalah sekarang alhamdulillah. Cumanya lepas pkp ni, tak tahu la kitorang dapat jumpa lagi atau tak sebab kemungkinan cik nia & ira akan berlainan kolej untuk tahun 2 nanti. Apa-apapun kitorang dah janji sesama sendiri untuk selalu berjumpa terutamanya masa lunch hehehe...yeahhh sambal belacan kegemaran kitorang.
All in all in a nutshell...nasihat untuk cik nia jugak. Jaga mulut kita. Jaga percakapan kita. Jaga tutur bicara kita. Terutamanya, bila mana kita dalam keadaan yang penat & marah sebenarnya kita akan lebih mudah untuk menyakiti orang lain dengan kata-kata dan percakapan kita ni. Jangan lepaskan kemarahan & kepenatan kita kepada orang lain yang tak bersalah. Ingat...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Okaylah, cik nia dah ngantuk ni...cik nia akhiri dengan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Minta ampun atas salah silap cik nia ya.
alahai comel je lah korang ni gaduh sbb tu hahaha
ReplyDeletethis reminds me masa zaman remaja dulu, like, benda tu pun nak jadi isu ke? lpstu gelak sendiri :D
it's going to be a good experience for you guys. but since you now know her - sensitive, mmg kne jaga mulut lah ok :D
cuma try to avoid benda ni jadi lagi. patut kawan baik mesti dah kenal luar dalam sengaja or tak sengaja kan :D
Thanks for sharing!
Betul, madam๐๐๐ป
Delete